Sunday, June 6, 2021

Memoir Aku Budak Gadek

 Aku Budak Gadek

Akhirnya tercapai juga cita-cita aku nak ada buku sendiri menjelang usia 50 tahun. Projek suka-suka yang akhirnya berjaya juga direalisasi dalam masa 2 tahun. Projek yang pada mulanya cuma coretan-coretan pendek yang dipos ke grup famili dan kawan-kawan dan mendapat feedback yang bagus dari mereka. Cerita-cerita pilihan dari coretan inilah yang dikumpulkan dan disatukan menjadi memoir Aku Budak Gadek.




Untuk test market dan dapatkan feedback khalayak ramai aku print sendiri beberapa puluh naskhah untuk dijual kepada famili, kawan-kawan sekolah, universiti dan ofis. Aku minta dorang review seikhlas mungkin dan berikan pandangan serta cadangan penambahbaikan. Maklumbalas yang aku terima amat positif. Berikut adalah antara review yang diberikan untuk memoir Aku Budak Gadek, naskhah pertama aku ni.

Review 1

Review aku budak gadek:
Satu karya hebat yang sangat menarik untuk dibaca. Sebagai kawan sekolah rendah perjalanan hidup penulis seakan mengimbau kembali perjalanan hidup sendiri dan serasa terinspirasi untuk menulis perjalanan hidup sendiri juga. Tidak ku sangka sam yang pendiam kelakar juga orangnya apabila bercerita. Seronok membaca buku ini hingga tergelak keseorangan hingga mengundang persoalan anak, apa yang kelakar mama? Terima kasih dan tahniah sam!

Salmi Ishak - Kawan sekolah rendah SRKDN

Review 2

Dah sampai page 66. Banyak dapat relate dengan diri sendiri waktu kecil. Kenangan waktu kecil been recapped. Tak jemu.

Dah habis baca Sam. Buku pertama habis baca dalam sepuluh tahun. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Best. Boleh tersenyum sorang2. 

Kerol - Kawan UM

Review 3

 @Mohd Hisam aku da bace separuh buku ni. Da smp part cite anak2 ko.
1. Aku suke cara penceritaan ko yg straight forward. Konsep 'santai' pade aku.
2. Fast. Menunjukkan ko ade byk bahan n xperlu nk meleweh2kn satu2 cerite utk nk jdkn cite tu panjang.
3. Informative. Ade selitkn byk fakta2 secara bersahaja.
4. Entertaining. Ade part2 yg kelakar esp waktu zaman kanak2.

But, having said that, aku rase (aku rase je ek and xsemestinye betul);
1. Awal2 ade bercampur 'ku' and 'aku'. Contohnye ayat pertama dan keseluruhan perenggan pertama. Ade lagi gak tmpt2 lain 2-3 tmpt. Aku rase untuk konsep 'santai', kalo ko consistent gune 'aku' lebih sesuai.
2. Ade gak ayat2 yg agak stiff. Contoh nye ayat yg hujung '..... pula begitu.'. Aku rase kalo gune '.... pula macam tu.' lebih sesuai kot dgn konsep penulisan ko ni.

Tp tu pendapat aku je la. X semestinye same dgn sume org. 'Beauty is in the eyes of the beholder'. Lgpn, aku baru bace separuh jln je pon. ๐Ÿคช

Btw, aku rase buku ni not bad. Aku akan pakse anak aku yg kecik ni bace supaya die tau susah payah kite dulu waktu kecik, waktu belajar n waktu nk mula hidup. Haha.

Faizul - Kawan UM

Review 4

@Mohd Hisam Salam, secara jujurnya buku ini antara buku yang terbaik pernah aku baca. Jalan ceritanye mudah dan straight forward memudahkan pembaca memahami perjalanan kehidupan dari kecil sampai le dah beranak pinak. Memandangkan penulisnye dikalangan 'rookie', kesilapan kecil diabaikan. Buku dimuatkan dengan pelbagai plot kesusahan kehidupan, nasihat kepada kaum bapa, kisah study di UM, percintaan, kehidupan semasa Alam perkerjaan, konflik menjawat jawatan sebagai ketua unit atau jabatan kerajaan, pengalaman penulis mendapat latihan diseluruh pelusuk dunia yang tidak diceritakan secara detail mungkin untuk menyorok sesuatu terutama kat Red light District dan satu unsur seram diselitkan yang mungkin terbawa2 dek cerita Tamar Jalis. Tapi tak pe semuanye tu baik Dan aku membaca buku secara konsistent tanpa perlu untuk menunggu lama untuk dihabiskan seperti buku2 yang lain. Dan bagi 5 star untuk buku ni. *hanya gambo je tak berapa Cantik. Kalau ni dapat di perbaiki aku bagi 5+++. Thx.

Hasnur- Kawan UM

Review 5

| Aku Budak Gadek|  Mohd. Hisam Abu Hashim| Cetakan Sendiri| 229 ms| 2021 |

Ini buku yang istimewa. Jarang-jarang invidu menyambut ulang tahun jubli emas menerbitkan sebuah memoir untuk dibaca khalayak ramai. Ini apa yang dilakukan oleh Tuan Mohd. Hisam Abu Hashim atau lebih dikenali sebagai Hisam di kalangan kami.

Buku ini mengisahkan kisah suka-duka hidup dari mula dilahirkan sehinggalah sekarang yang kini menjawat jawatan sebagai Pengarah di MyIPO. Hisam seorang pelipur lara yang hebat dalam meriwayatkan perjalanan hidupnya dari kecil berpengalaman membesar di Singapura diwaktu usia yang dini, bersekolah di Gadek di bawah asuhan neneknya, bersekolah asrama sehingga ke STPM, memasuki Universiti Malaya, pengalaman kerjaya, kisah percintaanya sehinggalah ke panduan-panduan praktikal menjalani kehidupan berkeluarga dan juga ilmu keibubapaan.

Jika anda seorang introvert. Anda dengan mudah menyelami lubuk perasaannya yang gemar bersendirian, jumlah sahabat yang terhad dan rimas akan aktiviti sosial. Di dalam keadaan serba kurang Hisam berjaya mencorakkan masa depannya dengan cemerlang.

Sebagai individu yang mengenali Hisam ada sisi-sisi yang kami sendiri tidak tahu dan kabur tentang dirinya. Memoir ini menjelaskan lagi sisi-sisi itu.

Selamat Maju Jaya Hisam! Juga Selamat Ulang Tahun ke-50!

Roslee - Kawan UM

Review 6

 Strength
1.    Pandangan pertama melihat luaran buku ni – menggambai pembaca untuk explore the content berdasarkan your photo with deep facial look (haha..someone matured with long hard time journeys) in the background of snowy mountains inside moving train.
2.    Gaya penceritaan yang terasa seperti penulis bercerita ngan pembaca. Yang ni yang membuatkan pembaca akan terus membaca…….
3.    Pembaca boleh relate also ngan their own experiences especially masa budak2 dan kat sekolah. Ye la x semua orang (termasuk saya kat sekolah) popular dan ada kenangan yang indah2 belaka masa zaman sekolah.
4.    Banyak jugak tips yang dikongsi terutamanya bila jadi pekerja, suami dan bapa…. 

Improvement
1.    Adakan biodata penulis untuk bahagian pengenalan buku ini tapi mungkin strategi kot tak letak?
2.    Page i (kandungan) – mungkin boleh pecahkan item 1-60 tu kepada beberapa bahagian (parts)
3.    Ada jugak contents yang menjurus kepada perception on other personalities such as on myself yang mana sebaik2nya (rasanya la) to consult the owner and get their consent first before it going to publish. Bukannya apa Sham, takut orang lain (I’m OK) will come back to sue you (just to be extra careful in writing on this matter)

Zamri - Kawan UM

Review 7

Pagi ni anak anak aku seperti biasa bangun awal cuti dan main game...sorang darjah 3 dan 6...tapi bila baca buku boss m/s 28 terus aku arahkan depa baca buku...tak kira apa genre. Mulai hari ini jugak, aku akan terap kan minat suka membaca agar jadi manusia yg berguna satu hari nanti... insyaalllah... Boss, terima kasih...diatas dorongan dan beri inspirasi kepada saya semasa membaca buku tulisan ini...ada byk lagi cerita yg membawa nilai murni ...wpun aku baru sampai page 30...

Salam. Masuk page 90, sifat, watak, sekolah pengalaman, dah mcm hampir sama. Benda yg x  boleh dilupakan. Kelas Seni Perusahaan, Kelas Perdagangan, Bantuan Khas RM 60, Buku Simpanan cikgu simpan, tak pandai main bola sepak wlpun boleh main, histeria pelajar perempuan je kena...huhu.. Hantu Cermin ditandas sekolah TIKL, pendiam tak ramai kawan... mcm boss gak  la...๐Ÿ˜„ tapi bukan anti social.....seronok baca mengimbau zaman dulu...termasuk la STPM nak apply masuk U tapi results tak bagus..

Salam..page 128...wow best..๐Ÿ‘byk pengalaman ..mengajar erti kehidupan... boleh dikatakan setiap lontaran cerita disusuli dengan moral of the story..ini penting....๐Ÿ‘. Dari awal penceritaan juga menyelitkan kan unsur bersahaja, santai dan humor๐Ÿ˜...tak bosan...byk pengalaman juga hampir sama.mcm jalan kaki 2 kilometers pergi kerja bank, dulu la...sebelum dpt beli motor,... interview kerja..tak pandai bahasa inggeris....haha..tapi dapat gak kerja bank.., Bab selsema pun bagus.. boleh saya bagi vitamins C utk anak bujang saya yg ada sikit selsema...yg mungkin berpunca drp habuk...๐Ÿ‘

Habis dah boss... Hahaha๐Ÿ˜๐Ÿ˜„๐Ÿ‘Terbaik... Tahniah boss ...dari awal saya baca memang best byk ayat yg power ...and direct tak perlu berlapik.lapik...buat orng tak paham..
"memang lakhanat bau dia"... hahaha..
Nama.org kena lapik...la...huhu...PS...
Secara jujur nya dengan banyk membaca insyaalllah kita lebih mudah berjaya..ambik iktibar melalui pembacaan utk jadi org yg berjaya..termasuk lah saya ...start hari tu...saya dah galak kan anak baca buku setengah jam buku sesuai sampai habis ...ambil inspirasi dr buku ini...sama seperti boss...semasa masuk admin....saya dah dpt rasakan kerja yg byk akan menimpa diri...tapi byk mana pun kerja yg diberi memandangkan boss sorang yg sporting...tidak memaksa...membuatkan kerja lebih mudah diurus...
Ada perasan jgak cerita yg sama diulang dua kali...biasa la...๐Ÿ˜...
Dan yg terakhir...masa boss mula mula bgtau dekat Admin 2019 yg boss nak tulis buku...saya kurang yakin buku ini dpt dizahir kan tapi selepas dua tahun ...buku ini dilahirkan dengan cemerlang nya.. tahniah boss...

Macam tak percaya tapi buku yg ditulis oleh boss dah habis dibaca hari ini๐Ÿ‘...  Friday 14 May 2021.

Amir Zain - Kawan ofis

Inilah antara beberapa review yang aku copy paste terus dari whatsapp dan facebook  yang diberi oleh kawan-kawan. Sebenarnya ada banyak lagi review yang aku terima tapi memandangkan review melibatkan sesi chat personal maka tak wajar aku letak disini.

Pada kawan-kawan yang sudi review ribuan terimakasih aku ucapkan.

Terkini, aku sedang dapatkan no ISBN untuk cetakan seterusnya dan sedang buka pre-order pada sesiapa yang berminat. Memandangkan blog ini juga ada pengunjungnya, aku buka sekali pre order disini.

Tajuk : Aku Budak Gadek

Bil Mukasurat : 228

Cetakan Sendiri :

Harga RM30  tak termasuk Pos. 

Buku akan aku autograph sekali.

Pada yang berminat boleh whatsapp aku di 0173616632 atau tinggalkan mesej di ruangan komen.





No comments:

Post a Comment