Sunday, July 11, 2021

Tamar Jalis

Aku baru selesai baca buku Tamar Jalis : Memoir bersama penulis Siri Bercakap Dengan Jin nukilan Dr. Zabidin Haji Ismail. Satu buku rare yang aku beli di facebook yang  didedikasikan sepenuhnya kepada arwah Mohamad Radzi Mahmud @Ahmad Mahmud atau lebih dikenali sebagai Tamar Jalis.

Sebagai peminat tegar Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ), aku begitu teruja semasa membaca buku ini. Banyak fakta menarik mengenai SBDJ dan Tamar Jalis yang baru aku ketahui. Disini aku akan kongsikan fakta-fakta menarik tersebut:

1)      SBDJ merupakan karya kreatif melayu yg terbanyak dan paling lama bersiaran iaitu sebanyak 284 siri tersiar dalam majalah Variasari berterusan selama 23 tahun 8 bulan iaitu dari April 1981 hingga Januari 2005. Ini boleh dikatakan rekod Malaysia. Rekod dunia aku tak pasti.

2)      Sebelum menghasilkan naskhah agung SBDJ, Ahmad Mahmud merupakan seorang penulis cerpen yang hebat dan telah banyak memenangi pertandingan menulis sastera kebangsaan. Dua buah cerpennya yang bertajuk Menanti Ayah(1971) dan Samad Toja (1974) telah memenangi Hadiah Karya Sastera Kebangsaan. Cerpen beliau bertajuk Paman juga dimuatkan dalam antologi Suatu Subuh yang Bening yang terpilih menjadi teks kesusateraan Melayu peringkat SPM pada tahun 1980an. Hebat betul. Bukan kaleng2 orangnya.

3)      Selain dari Tamar Jalis, nama pena Ahmad Mahmud ialah Ahmad Mahmud sendiri disamping Ramadan A.M dan Atma A.M. Kebanyakan cerpen dan novelnya menggunakan ketiga-tiga nama ini.

4)      Novel Ahmad Mahmud yang bertajuk Sejambak Mesra, Seluas Rindu telah diangkat sebagai drama TV dan disiarkan di Slot Citraneka RTM.

5)      Nama pena Ahmad Mahmud, Tamar Jalis merupakan nama seekor anak jin yang diambil dari Hikayat Inderaputera.

6)      Identiti beliau sebagai Tamar Jalis iaitu penulis SBDJ hanya terbongkar selepas 30 tahun dirahsiakan.

7)      Fakta terakhir ni agak sedih. Ahmad Mahmud tidak pernah dibayar royalti sebagai penulis SBDJ kerana dianggap sebagai pekerja dan dibayar gaji. Penulisan SBDJ adalah tugas hakiki beliau di Variasari. Beliau cuma diberi habuan menunaikan Umrah dan bercuti di Eropah.

Bayangkan kalau arwah Ahmad Mahmud tahu haknya sebagai penulis dan mendaftar Hak Ciptanya di MyIPO. Sudah tentu arwah kaya raya setaraf dengan J.K Rowling penulis Harry Potter.

Seperti semua tahu aku juga telah mula berjinak-jinak dalam penulisan buku. Aku telah mendaftar Hak Cipta buku pertama aku yang bertajuk Aku Budak Gadek di MyIPO dan telah diluluskan pada 18 Jun 2021.  Ialah kan manalah tahutiba-tiba buku aku tu boxoffice dan ada pihak nak jadikan drama time Maghrib atau DBP nak jadikan buku teks sekolah. Kurang-kurang aku dah cover hak cipta aku.

Aku daftar online sahaja. Mudah saja prosesnya. Disini aku sertakan link utk mendaftar Hak Cipta dan segala Harta Intelek kita melalui MyIPO.

https://iponline2u.myipo.gov.my/myipo/www/

Skrg ni mudah. Click saja nak daftar apa.

Moga Manfaat

 

Mohd Hisam Abu Hashim

--------------------------------------------------------------------

Pada sesiapa nak baca buku memoir aku yg bertajuk Aku Budak Gadek boleh tinggalkan mesej atau  atau click link berikut

 https://wa.link/ecx5ck

Terima Kasih