Wednesday, May 22, 2019

Selsema


Selsema boleh dikatakan penyakit keturunan keluarga saya. Semua adik beradik saya mudah kena selsema. Kena hujan sikit selsema, kena habuk selsema, sikit2 selsema. Abang samah, tuala selsema sentiasa ditangan. Abang saleh pun sama, sikit2 " abang domam selemo ni". Ikmal lagilah, sampai sekarang kerap selsema dan batuk hingga pernah dimasukkan ke hospital.

Tidak ketinggalan saya juga. Sejak kecil saya kerap kena selsema. Hingus meleleh, sakit tekak, batuk dan kadang2 demam jadi rutin kehidupan.

Dulu2 masa kecil, biasanya bila kena selsema memang tak pernah pergi klinik pun, tunggu je lah sampai baik sendiri. Klinik  jauh, duit pun takde dan selsema pun bukan lah penyakit kritikal. Tak pernah lagi dengar orang mati di sebabkan selsema.
Tak pernah lagi kita pergi melawat jenazah, "arwah mati sakit apa ? dengarnya selsema dah lama ". Tak pernah kannn ?

So kehidupan saya semasa kecil mmg tak cool. Dah la berjerawat dan bisul, selsema pulak. Patut lah takde girlfren.

Bila masuk um, saya masih lagi kerap selsema. Memandangkan klinik pelajar percuma, saya takde lah biar kan selsema saya baik sendiri macam dulu.  Pantang je selsema, mesti saya ke klinik ambil.ubat selsema. Benda pun free kan, mmg muka saya regular lah juga kat klinik tu.

Saya masih ingat antara ubat selsema yg bagus waktu itu adalah Decolgen. Sehari dua makan Decolgen mesti baik punya selsema. Tapi malangnya sekarang Decolgen telah diharamkan di Malaysia. Difahamkan decolgen mengandungi PPA (phenylpropanolamine) sejenis antihistamine yg boleh menyebabkan stroke. Antara negara yang telah menghentikan jualan ubat selsema yang mengandungi PPA adalah USA, Singapura dan Malaysia.

Sepanjang saya belajar di um selsema saya terkawal dgn ambil decolgen di klinik pelajar.

Bila saya mula bekerja saya ke klinik panel pula bila selsema. Cuma saya perhatikan bila selsema saya berpanjangan, akhirnya akan diikuti dengan batuk yang sangat susah utk baik. Kadangkala memakan masa hingga berbulan untuk baik.

Bila pergi ke klinik dr cuma memberikan polaramin  untuk selsema dan benadryl utk batuk. Kedua2 jenis ubat ini agak membantu, kering lah jugak selsema tapi kita akan amat mengantuk selepas makan.

Namun untuk batuk tidak berapa berkesan. Saya tetap terjaga malam untuk batuk hingga sukar untuk tidur kembali. Episod batuk malam ini begitu menggangu hingga kadang2 saya tidak boleh tidur sepanjang malam dan terpaksa minta dr mc keesokan harinya.

Macam2 ubat saya cuba. Makan ubat batuk cap ibu dan anak, ubat batuk cap kelapa laut pun tidak berkesan. Pergi kedai singseh beli ubat batuk cina, pun gagal. Hingga singseh cakap kalau saya bukan islam dia nak bg saya cuba ubat batuk yg ada darah dan hempedu ular utk saya cuba.

Namun iman saya masih kuat, takan lah nak makan benda haram pula, batuk je pun.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Saya, selsema dan batuk seakan tidak dapat dipisahkan umpama lagu dan irama, rumi dan juli.

Hinggalah dengan perkembangan era internet dan technologi maklumat saya mula buat kajian dan ambil tahu kenapa dan mengapa saya sering selsema dan kemudiannya batuk berpanjangan.

Saya mula tahu tentang 1st, 2nd and 3rd generation anti histamine. Saya mula tahu tentang allergy, rhinitis dan sinus.
Saya mula tahu tentang jenis2 batuk, rupanya banyak betul penyebab batuk ni. Ada berpunca dari selsema, athma, jangkitan paru2, asid reflux dan juga mungkin disebabkan oleh penyakit yg lebih serius seperti kanser paru2.

Tapi kebanyakannya disebabkan oleh upper respiratory coughway infection.

Selsema saya rupanya berpunca dari tindakbalas berlebihan hidung saya terhadap allergen seperti habuk. Boleh diatasi dengan  ubat2 seperti polaramin (1st gen), loratadine dan cetetizine ( 2nd gen) dan fexofenadine(3rd gen) antihistamin.

Batuk berpanjangan saya pula  secara spesifiknya adalah  berpunca dari post nasal drip. Dimana aliran selsema yang sepatutnya keluar melalui hidung mengalir memasuki saluran kerongkong. Ini menyebabkan kegatalan dan batuk  yg sukar untuk pulih sehingga puncanya dirawat. Biasanya ianya berpunca dari alahan hidung yg menyebabkan jangkitan dikawasan hidung dan sinus.

Batuk berpanjangan ini hanya akan pulih  apabila jangkitan di hidung dan sinus  pulih dan ianya memakan masa.
Sekarang saya sudah hampir pulih dari selsema dan batuk. Antara ubat dan vitamin yang saya amalkan adalah seperti berikut:
i) Vitamin C 1000 mg setiap hari
ii) Clarinase (bila perlu)
iii) Nasonex (disembur setiap hari di kawasan sinus)
iv) Prospan Ivy Leaf dan copastin (bila batuk  berpanjangan).

Satu peristiwa yg saya tidak pernah lupa berkenaan selsema ialah semasa saya  selsema dan berkursus di indonesia. Sebagai persediaan saya seperti biasa membawa pelbagai antihistamin seperti clarinase, dan ceterizine untuk kesana. Malangnya setelah seminggu selsema di sana, selsema saya masih tidak pulih dan hidung mula tersumbat.

Ubat2  selsema yang dibawa pun telah kehabisan. Semasa take off penerbangan pulang saya mula merasakan kesakitan di telinga saya. Gegendang telinga sangat sakit seakan hendak pecah. Semasa touch down di klia kesakitan ini berulang hingga saya bertanyakan kawan saya adakah telinga saya sedang berdarah. Alhamdulillah tiada apa2 berlaku pada gegendang telinga saya tapi sebelah telinga saya pekak juga 3 ke 4 hari.

Saya ke klinik dan dr memberitahu apa yg saya alami itu adalah barotrauma. Ianya disebabkan oleh perbezaan tekanan udara di kawasan telinga semasa kapalterbang takeoff/touch down dan amatlah merbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada gegendang telinga.

Kini setiap kali menaiki kapalterbang saya akan pastikan hidung saya tidak tersumbat dgn cara menyembur nasonex dan ambil clarinase (clarinase mengandungi loratadine dan pseudoephedrine iaitu sejenis anticongestan).