Wednesday, May 22, 2019

Selsema


Selsema boleh dikatakan penyakit keturunan keluarga saya. Semua adik beradik saya mudah kena selsema. Kena hujan sikit selsema, kena habuk selsema, sikit2 selsema. Abang samah, tuala selsema sentiasa ditangan. Abang saleh pun sama, sikit2 " abang domam selemo ni". Ikmal lagilah, sampai sekarang kerap selsema dan batuk hingga pernah dimasukkan ke hospital.

Tidak ketinggalan saya juga. Sejak kecil saya kerap kena selsema. Hingus meleleh, sakit tekak, batuk dan kadang2 demam jadi rutin kehidupan.

Dulu2 masa kecil, biasanya bila kena selsema memang tak pernah pergi klinik pun, tunggu je lah sampai baik sendiri. Klinik  jauh, duit pun takde dan selsema pun bukan lah penyakit kritikal. Tak pernah lagi dengar orang mati di sebabkan selsema.
Tak pernah lagi kita pergi melawat jenazah, "arwah mati sakit apa ? dengarnya selsema dah lama ". Tak pernah kannn ?

So kehidupan saya semasa kecil mmg tak cool. Dah la berjerawat dan bisul, selsema pulak. Patut lah takde girlfren.

Bila masuk um, saya masih lagi kerap selsema. Memandangkan klinik pelajar percuma, saya takde lah biar kan selsema saya baik sendiri macam dulu.  Pantang je selsema, mesti saya ke klinik ambil.ubat selsema. Benda pun free kan, mmg muka saya regular lah juga kat klinik tu.

Saya masih ingat antara ubat selsema yg bagus waktu itu adalah Decolgen. Sehari dua makan Decolgen mesti baik punya selsema. Tapi malangnya sekarang Decolgen telah diharamkan di Malaysia. Difahamkan decolgen mengandungi PPA (phenylpropanolamine) sejenis antihistamine yg boleh menyebabkan stroke. Antara negara yang telah menghentikan jualan ubat selsema yang mengandungi PPA adalah USA, Singapura dan Malaysia.

Sepanjang saya belajar di um selsema saya terkawal dgn ambil decolgen di klinik pelajar.

Bila saya mula bekerja saya ke klinik panel pula bila selsema. Cuma saya perhatikan bila selsema saya berpanjangan, akhirnya akan diikuti dengan batuk yang sangat susah utk baik. Kadangkala memakan masa hingga berbulan untuk baik.

Bila pergi ke klinik dr cuma memberikan polaramin  untuk selsema dan benadryl utk batuk. Kedua2 jenis ubat ini agak membantu, kering lah jugak selsema tapi kita akan amat mengantuk selepas makan.

Namun untuk batuk tidak berapa berkesan. Saya tetap terjaga malam untuk batuk hingga sukar untuk tidur kembali. Episod batuk malam ini begitu menggangu hingga kadang2 saya tidak boleh tidur sepanjang malam dan terpaksa minta dr mc keesokan harinya.

Macam2 ubat saya cuba. Makan ubat batuk cap ibu dan anak, ubat batuk cap kelapa laut pun tidak berkesan. Pergi kedai singseh beli ubat batuk cina, pun gagal. Hingga singseh cakap kalau saya bukan islam dia nak bg saya cuba ubat batuk yg ada darah dan hempedu ular utk saya cuba.

Namun iman saya masih kuat, takan lah nak makan benda haram pula, batuk je pun.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Saya, selsema dan batuk seakan tidak dapat dipisahkan umpama lagu dan irama, rumi dan juli.

Hinggalah dengan perkembangan era internet dan technologi maklumat saya mula buat kajian dan ambil tahu kenapa dan mengapa saya sering selsema dan kemudiannya batuk berpanjangan.

Saya mula tahu tentang 1st, 2nd and 3rd generation anti histamine. Saya mula tahu tentang allergy, rhinitis dan sinus.
Saya mula tahu tentang jenis2 batuk, rupanya banyak betul penyebab batuk ni. Ada berpunca dari selsema, athma, jangkitan paru2, asid reflux dan juga mungkin disebabkan oleh penyakit yg lebih serius seperti kanser paru2.

Tapi kebanyakannya disebabkan oleh upper respiratory coughway infection.

Selsema saya rupanya berpunca dari tindakbalas berlebihan hidung saya terhadap allergen seperti habuk. Boleh diatasi dengan  ubat2 seperti polaramin (1st gen), loratadine dan cetetizine ( 2nd gen) dan fexofenadine(3rd gen) antihistamin.

Batuk berpanjangan saya pula  secara spesifiknya adalah  berpunca dari post nasal drip. Dimana aliran selsema yang sepatutnya keluar melalui hidung mengalir memasuki saluran kerongkong. Ini menyebabkan kegatalan dan batuk  yg sukar untuk pulih sehingga puncanya dirawat. Biasanya ianya berpunca dari alahan hidung yg menyebabkan jangkitan dikawasan hidung dan sinus.

Batuk berpanjangan ini hanya akan pulih  apabila jangkitan di hidung dan sinus  pulih dan ianya memakan masa.
Sekarang saya sudah hampir pulih dari selsema dan batuk. Antara ubat dan vitamin yang saya amalkan adalah seperti berikut:
i) Vitamin C 1000 mg setiap hari
ii) Clarinase (bila perlu)
iii) Nasonex (disembur setiap hari di kawasan sinus)
iv) Prospan Ivy Leaf dan copastin (bila batuk  berpanjangan).

Satu peristiwa yg saya tidak pernah lupa berkenaan selsema ialah semasa saya  selsema dan berkursus di indonesia. Sebagai persediaan saya seperti biasa membawa pelbagai antihistamin seperti clarinase, dan ceterizine untuk kesana. Malangnya setelah seminggu selsema di sana, selsema saya masih tidak pulih dan hidung mula tersumbat.

Ubat2  selsema yang dibawa pun telah kehabisan. Semasa take off penerbangan pulang saya mula merasakan kesakitan di telinga saya. Gegendang telinga sangat sakit seakan hendak pecah. Semasa touch down di klia kesakitan ini berulang hingga saya bertanyakan kawan saya adakah telinga saya sedang berdarah. Alhamdulillah tiada apa2 berlaku pada gegendang telinga saya tapi sebelah telinga saya pekak juga 3 ke 4 hari.

Saya ke klinik dan dr memberitahu apa yg saya alami itu adalah barotrauma. Ianya disebabkan oleh perbezaan tekanan udara di kawasan telinga semasa kapalterbang takeoff/touch down dan amatlah merbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada gegendang telinga.

Kini setiap kali menaiki kapalterbang saya akan pastikan hidung saya tidak tersumbat dgn cara menyembur nasonex dan ambil clarinase (clarinase mengandungi loratadine dan pseudoephedrine iaitu sejenis anticongestan).

Wednesday, April 17, 2019

#tips# #cemerlang#

Setiap kali  keputusan spm di umumkan dan anak saya mendapat keputusan yang cemerlang, ramai rakan2 mengucapkan tahniah di samping bertanyakan tips bagaimana saya mendidik anak saya hingga menjadi pelajar cemerlang.
Saya sebenarnya pun tiada tips atau petua khusus, tapi bila ada yang bertanya tak baik lah jika saya menghampakan harapan mereka.
Saya juga selalu terfikir bagaimana anak2 saya boleh mendapat keputusan yang cemerlang sedangkan saya sendiri pun tidak berapa cemerlang dalam pelajaran dulu.
Mungkin cara saya mendidik mereka membantu sedikit sebanyak atas kecemerlangan mereka di samping usaha mereka sendiri. Saya juga telah menjalankan sedikit kajian dan pemerhatian pada anak2 saya dan saya akan simpulkan dengan  beberapa  tip seperti berikut :

Tip no 1
1.) Membaca.
Galakkan anak2 membaca. Jadikan membaca satu budaya di rumah. Bukan anak2 sahaja membaca, kita kena turut sama membaca. Bukannya kita paksa dia baca buku tapi kita sebok belek handphone. Kita kena jadi tauladan. Buat satu perpustakaan di rumah. Jika tak mampu beli satu almari khas untuk simpan buku. Jika keluar bersama di hujung minggu jadikan kedai buku salah satu tempat persinggahan. Galak kan mereka membaca apa saja bahan bacaan tak kira buku, komik, novel, apa2 genre, remaja, jenaka, hantu tak kira buku apa  janji baca.

Membaca membuat otak terangsang, neuron2 berhubung dan akan menjadikan mereka lebih bijak.
Cuba lah.

Sebelum saya teruskan ke tip no 2 mohon semua  hayati surah al alaq ( ayat 1 - 5 ).

1)اِقۡرَاۡ بِاسۡمِ رَبِّكَ الَّذِىۡ خَلَقَ​ۚ‏
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

2) خَلَقَ الۡاِنۡسَانَ مِنۡ عَلَقٍ
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

3)اِقۡرَاۡ وَرَبُّكَ الۡاَكۡرَمُۙ‏
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah

4)الَّذِىۡ عَلَّمَ بِالۡقَلَمِۙ‏
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,

5) عَلَّمَ الۡاِنۡسَانَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡؕ
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.


Iqraq = Bacalah

Tip no 2
2.) Berkawan.
Kenali kawan anak2 anda. Jemput rakan anak2 anda kerumah utk mengenali siapa mereka. Tawarkan rumah anda sbg tempat mereka buat tugasan berkumpulan. Jgn berkira. Gorengkan karipap atau nugget. Pastikan anak anda berkawan dgn budak2 bijak dikelas. Pastikan anak anda sentiasa berada di kelas no 1 bukan kelas corot.

Jika anak anda bijak sebab mengikuti tip no 1, galak kan anak anda bantu rakan2 yang lemah. Minta anak anda ajar mereka. Jgn lokek ilmu. Ilmu yang diajar akan lebih berkat dan melekat di otak mereka.

Libatkan diri anda dgn anak2 dan rakan mereka. Bantu mereka jika anda berkebolehan utk bantu. Ingat ! Jika anda rajin membantu, satu masa esok anda atau anak2 anda akan dibantu walaupun bukan oleh org yang anda bantu.
Kawan juga adalah cerminan diri. Bak kata pepatah arab, bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, bersahabat dengan tukang besi, kita akan menerima percikan apinya.” Oleh itu, ajar anak anda berkawan dgn kawan yang memberi manfaat bukan yg memberi mudarat.

Tip no 3
3.)Keterlibatan.
Libatkan diri dgn pelajaran anak2. Buka beg sekolah mereka, periksa beg samada mengandungi belacan, sampah atau buku. Tanya, homework dah buat ke belum?, apa homework cikgu bagi hari ini?. Bukan lepas tangan begitu saja.

Jika anak anda bertanya pada anda, bantu mereka sedaya upaya, bukan "pergi tanya mama, abah sebok". Percayalah, jika begitu sikap anda, lama kelamaan mereka tidak akan bertanya anda lagi.

Ibu bapa juga kena rajin, kita harap anak rajin belajar tapi kita sendiri  pun malas nak membantu atau mengajar mereka.
Percayalah, ibu bapa yang malas tidak akan menghasilkan anak yang rajin.

Pantau aktiviti anak2. Anda perlu tahu apa buku mereka baca, apa website mereka buka, apa game mereka main. Ingat ! Anak adalah amanah dan tanggungjawab anda. Bukannya boleh di biar begitu saja. Jika anda tahu aktiviti mereka anda boleh guide mereka sekat perkara yg negatif, pertingkat perkara yg positif.

Tip no 4
4.) Hiburan. Jgn sekat mereka berhibur. Tengok kartun, tengok tv, tengok wayang, minat kpop tiada salahnya. Mereka juga manusia, perlukan hiburan. Cuma pastikan jika kartun in english jgn tukar ke bahasa malaysia. Latih anak sedari kecil utk mahir dwibahasa sekurang2nya.

Beli dvd cerita2 doraemon. Byk iktibar boleh di pelajari dari cerita doraemon dari segi setiakawan, fizik , sejarah dan sebagainya.

Beri mereka bermain komputer game seperti The Sims, Sim City dan game2 strategi, vocabulary mereka akan bertambah disamping dapat meningkatkan daya analitikal mereka.

Kawal penggunaan handphone dan gajet supaya mereka tidak jd seperti kita semua. Jika mereka sudah ketagihan handphone dan gajet amat buruk akibatnya. Mereka akan jd tidak fokus, akan distracted dan byk membuang masa hingga satu kerja pun tak jalan.

Tip no 5
5.)Melabur.
 Jangan kedekut. Sediakan persekitaran kondusif untuk pelajaran anak2. Beli komputer, beli printer 3 in 1 (print, scan, photostat) dan ajar mereka  menggunakan komputer.

Hantar tuisyen cuma bila anda sendiri tidak mampu mengajar mereka. Bukan segalanya anda lepaskan pada cikgu tuisyen dan harap anak anda tiba2 jd cemerlang. Senang la kalau macam tu. Ingat ! Cikgu tuisyen hanya membantu bukannya buat magic. Bukannya baru hantar tuisyen sebulan dah harap anak  dapat A+. Be realistik, kejayaan tidak dtg bergolek.

Beli buku2 latihan dan pastikan ianya dibuat. Beli buku2 nota tambahan jika perlu. Jangan berkira tentang keperluan pembelajaran mereka. Nak buku nota beli, nak pen dan pensel baru beli, nak liquid paper beli, berikan yg terbaik utk pelajaran mereka.

Tip no 6
6.) Gagal.
Ajar mereka belajar terima kegagalan dan bangkit semula. Ajar mereka yg gagal itu adalah perkara biasa dan bukan memalukan. Thomas Alva Edison sewaktu mencipta lampu eletrik gagal beribu kali. Bila ditanya berapa ribu kali beliau gagal, beliau menjawab " aku tidak gagal malahan aku menemui beribu kali cara yang salah hingga aku menemui satu2nya cara yg betul". Dikhabarkan beliau gagal sbyk 1000 kali sblm berjaya mencipta mentol letrik pertama.

Anak saya sendiri pernah gagal dalam add math semasa bersekolah di sebuah sbp yang terkenal. Beliau berjaya bangkit semula hingga mendapat A+ setelah bepindah ke sekolah harian biasa.

Ajar mereka yang gagal itu juga indah. Ajar mereka melihat perkara positif di sebalik kegagalan. Ajar mereka "nasib baik aku gagal skrg, boleh aku improve, dari aku gagal semasa spm ".

Itulah sedikit sebanyak tip2 yg dpt saya kongsikan. Semoga bermanfaat pada semua yang membaca.

Nukilan.
Mohd Hisam Abu Hashim