Tuesday, June 30, 2015

Belasungkawa Toyota Wish 1.8 05 Eurosport (2010-2015) Part 1

Captain log 1.23.1.7.2015

Dulu masa pakai proton wira mmg dok usha toyota wish ni. Bila jumpa kat jalan mesti jeling. Ada sekali tu time makan ikan bakar kat Jeram jumpa satu wish ni dari singapore tapi rupa dia lain sikit..pelik gak wish apa ni yea ?lepas google rupanya tu model facelift  (info : toyota wish  start 2003..yg facelift start sept. 2005).So memang cita2 la nak pakai wish tak kira apa jadi. So apa lagi jual la wira tudan mulakan pencarian. mula2 mmg dah berkenan dan book wish biru ni kat naza motor kg baru. Condition mmg cun..tp model 2003 la..sesuai la dgn bajet..tak silap dpt harganya 115k.







Mmg cun..budak2 happy sungguh..mak budak dgn bapak budak lagi la happy..full spec ni wish ni.

to be continue

Pengalaman pembelian online melalui Lazada Part 1

Captain log 12.29.30.6.205

Dulu-dulu memang penah beli online dgn Lazada. Produk pertama yang dibeli dari Lazada ialah TP Link wifi extender. Waktu nak beli tu banding dengan harga online yg lain mcm lelong dan sbgnya memang Lazada la yang paling murah. Pastu bole COD pulak tu..so kalau barang tak sampai mmg tak rugi apa. Nak daftar and beli mmg mudah sangat.Waktu ni beli through website dia.

                                                               Tp Link Wifi Extender

Harga dalam 60 ++ rasanya. Tak ingat sangat. Lepastu beli lagi satu wifi extender ni bagi kat kakak pasal rumah dia pon sama..kat atas line wifi tak kuat so kena pakai extender.

Sejak kaki patah ni mmg tak bole nak shopping sangat walau pon kadang2 lepas jugak pergi shopping dengan tongkat . So Lazada ni mmg jadi pilihan la. Antara benda yg nak dibuat masa MC panjang patah kaki ni ialah nak buat blog kononnya. Nak tulis apa saja yang terlintas. So nak buat blog kena ada komputer atau laptop. Rumah ni mmg ada komputer tapi kat atas dan dah memang serabut komputer tu dan banyak virus. Komputer tu la ni mmg guna utk download torrent jer and budak2 buat print sikit2 kerja sekolah. Nak buat transaction online mmg mengerikan sejak banyak kali kad kredit kena fraud lepas buat online transaction guna komputer tu.


Laptop  memang ada tp laptop samsung yg dah wariskan kat misha ni mmg slow. So utk bagi semangat baru..kena beli laptop baru la nampaknya. Survey punya survey kat lowyat..amanz.tengok asus eebook x205ta mmg baloi dgn harga. Retail utk Asus Eebook x205ta 64GB RM 899.Pi check kat kedai komputer kat Subang Parade mmg mcm tu la harganya. Minta kurang seposen pon tak bagi.Google kat lelong etc pon lkurang mcm tu la harganya. Bila check kat Lazada guna apps dia..yg paling murah RM 889 dari vendor TMT Online ( bila chek TMT Online ni Thundermatch Online so mesti reliable). Pastu dekat apps Lazada utk yg first time download apps tu dpt lagi diskaun 10%. So memang terbaik la. So apa lagi..oder saja lah..dah dapat good offer.



Tapi yang masalahnya booking guna apps Lazada ni bila time bayar. Mula2 cuba bayar guna maybank2u...tapi yang bodohnya time bayar tu..waktu request TAC No...windows TAC No. tu tutup ruangan utk bayar..so camne mau isi TAC No tu ?. So mmg tak bole nak lengkapkan transaction la. Dan bila dah buat sekali tu fail nak beli sekali lagi voucher 10 % tu dah tak bole guna..mmg tension la..last2 terpaksa uninstall apps..install balik and bayar guna kredit kad. So dapat emel confirmation  and sms dari Lazada mmg yakin la..tunggu jer la barang sampai. janji nya 16-18 June delivery datenya.
Tapi takan nak beli satu barang je..online shopping ni mmg ada sikit ketagih..sambil browse apps tu jumpa meat grinder ..harga rm 170..free delivery.. so oder saja lah...kena pulak boleh cod..


to be continue

Wednesday, June 24, 2015

MPH Online Red Hot Sale 24-28 June 2015




Captain log 1.07.25.6.2015

Dari minggu lepas Misha bagitahu dia nak beli buku online. Cakap kat dia tunggu laptop abah beli dari Lazada sampai. Dekat seminggu jugak baru laptop sampai (nanti citer ). Takut nak beli online guna pc kat rumah ni pasal asik2 kad kredit kena fraud. Tak tahu la kenapa maybe pc kat rumah ni banyak virus ke malware ke..so kalau bole nak elak la.Beli laptop kat lazada pon guna handphone je.

Kelmarin Laptop sampai.

Laptop baru Asus Eebook X205TA 64GB dari Lazada dgn harga RM 800.

So semalam check it out la buku yg dia nak tu. Buka mphonline...pastu banding dgn popular online..kinokuniya..etc..and mmg kat mphonline la yang paling murah.




Buku Eleanor and Park ni dpt harga RM 30.52 diskaun 15 %. Pastu pagi tadi check la lagi mphonline.com ni. Rupa-rupanya depa tgh sale Red Hot Sale dari 24-28 June ni dan ada buku up to 50 % .





So ingat malam ni nak borong. Gaji pon baru dapat tadi..Tadi tengok ada buku resepi sampai 50 %.
Misha nak dua buah buku..Eleanor & Park dan Gelap..kakak tak tahu la buku apa dia nak..takpe malam ni borong kat mphonline. Penghantaran percuma pulak tu..

Patah Kaki (5th. Metatarsal Fracture) Part 1.2

Captain log 11.44.25.6.2015


Dari klinik Dr Siva disuruh ke pusat rehabilasi guna wheelchair..rasa mcm org cacat sungguh..dan pening rupanya naik wheelchair ni...di pusat rehabilasi belajar guna crutches..rupanya bukan senang..kalau jalan rata ok la ..ni pasal kena belajar naik..turun tangga..dah rumah banyak tangga..mmg fail la waktu belajar naik tangga guna tongkat tu...so takpe la..ingat nak mengesot2 je..mcmbermula la ke sister ngesot kat tangga rumah nanti.

Sampai rumah bermula lah kehidupan dengan sebelah kaki..bukan mudah yop nak adjust..sedih pon ada la jugak..kena pulak org rumah outstaion seminggu next week ke Jakarta. So whatever happen pon kena survive by myself jugak ni.

22/5/15 : Hari baru bermula dengan satu kaki. Rupanya memang payah bila satu kaki di cast. Nak mandi pon kena bungkus..tidur tak selesa dan mcm2 lagi. Jalan guna tongkat ni ketiak akan sakit dan kaki akan lenguh. So pagi lepas mandi turun tangga dengan mengesot2 mcm sister ngesot. Dan hari ini bercadang na:k belajar juga guna crutches dari youtube. Dan sebagai balasan akan di post ke youtube sebagai sumbangan utk sesiapa nak belajar guna crutches.

Video 1 : https://www.youtube.com/watch?v=rhuQC-sXrT0

Video 2 : https://www.youtube.com/watch?v=J0nD_CwRS9M

Disamping itu plan apa nak buat semasa MC panjang ni...Dr Siva cakap kurang2 6 minggu baru buka cast..lepas tu tak tahu la camne..sambung MC lagi ke atau dah boleh kerja. 6 minggu lama tu duduk rumah kena la buat sesuatu bosan nanti...so utk lebih fokus kita pecah pada dua plan..
1) Jangka pendek
2) Jangka panjang

Jangka pendek sebab next week  wife outstation..so kena pikir camne nak makan..nak beli barang..nak jemput kakak balik asrama.
Jangka panjang kena pikir aktiviti semasa MC panjang ni..nak tulis kitab ke mcm imam shafii..nak buat blog ke..etc..dan semua mesti dilakukan online.


To be continue





Patah Kaki (5th. Metatarsal Fracture) Part 1.1

Captain log 12.16.18.6.15

sambungan

v)20.5.15 Malam : Petang call klinik Menara utk jumpa dr orthopedik..Dr Rasool namanya..dengar dr ni memang hebat so kali ni nak jumpa dia la..tp klinik cakap dr Rasoll cuma ada malam selepas 8.30.ingat kali ni kena x ray juga la,,pasal kaki makin bengkak dan kawan2 yg ala2 doktor cakap ni kena x ray jugak ni.

Lepas maghrib mcm malas pulak nak pergi..tapi last2 pergi lajugak..sampai klinik pergh malam rupanya lagi ramai..dan yg nak jumpa dr Rasool rupanya lagilah ramai..so kena que.lkurang pukul 10 baru dpt jumpa dr Rasool and tunjuk kaki yang bengkak...dr Rasool ckp ok kita  xray..pi turun bawah xray..and naik atas balik lepas x ray...  dan ini lah hasilnya..

subhanallah..patah rupanya...pastu cakap kat dr Rasool..i dah insist minta dr  yg rawt saya utk x ray waktu mula2 jumpa kat klinik menara [ast week ..dah ckp dah kat Dr. bodoh tu..tak x ray ker Dr..dijawabnya..no need.no need...this is only ankle sprain...ankle sprain kepala hotak dia..mcm la dia bomoh bole tengok tulang kat dalam tu...

so dr Rasool ckp ni kena refer to hospital ni..maybe kena pasang wire atau cast...so mcm biasala minta refer to sdmc subang jaya pasal panel klinik...and dr Rasool cakap dia refer kat kawan dia nama Dr Siva

vi)21.5.15 Mcm biasa pagi-pagi lagi dah ready nak pi Hospital ..pasal apointment dgn Dr. Siva pukul 8.30. Sampai SDMC  jam 8 pagi..lengang lagi rupanya..lepas amik nombor  pi breakfast pasal klinik Dr Siva bukak jam 8.30..and sharp  8.30 kami (wife and i saya ) dah tunggu kat depan klinik..konon nak jadi first patient la utk jumpa Dr Siva tu .. tungu and tunggu and tunggu..jam 10 baru d
Dr panggil...tunjuk  x ray dr klinik menara and dr cakap u ada 2 choice..nak pasang plate or pasang cast..pasang plate kena operate la...dia ckp...so pilihan yg jelas la..pasang cast...janji tak operate..takut...nak operate masuk plate,,pastu operate buang balik plate...so ini lah cast yg dipasang
.
dan yg sedihnya dr cakap tak bole pijak..no weight bearing..so maksudnya kena guna tongkat la..atau crutches...dan MC 3 minggu...nasib baik la kat rumah dah memang ada tongkat (crutches) dan wheelchair..tongkat and wheelchair ni guna masa wife broken patella dulu..jatuh tangga jugak...
itu la dah org tua2 dulu cakap jangan simpan benda2 mcm tu kat rumah..nanti dia cari mangsa..patut a kat hospital ramai mangsa..pasal banyak alat2 mcm tu..

to be continue








Monday, June 15, 2015

Patah Kaki (5th. Metatarsal Fracture) Part 1.0

Captain Log : 1.58.16.6.15

Malang tidak berbau kata orang tua-tua dulu.Tapi disebalik malang yang dikatakan menimpa kadang2 ada hikmahnya cuma kita tak perasan malahan tak peduli.Begitulah kecederaan yang menimpa diri ini.Patah kaki sebab jatuh tangga rumah. Disebabkan  jatuh dalam rumah SOCSO pon tak dapat walau kemalangan menimpa semasa bersiap pergi kerja. Claim insuran SOCSO boleh dibuat jika kemalangan berlaku diluar pagar rumah. Boleh la juga nak dapat tapi kena tipu la.Tipu laporan polis..tipu doktor hospital etc.
Disebabkan banyak masa dirumah sebab MC so adalah banyak masa menulis. Duduk saja dirumah pon bosan. So penulisan kali ni lebih pada bentuk diari peribadi supa tak lupa di kemudian hari. Kronologi kemalangan sehingga patah kaki dicatatkan seperti dibawah.

i)12.5.15 Jatuh tangga masa menyiapkan Amy pergi sekolah. Orang putih panggil overstep. Memang tak perasan tangga tu, tahu2 berdebuk jatuh. Namun masih berjaya menyiapkan Amy ke sekolah. Drive kereta dan makan rawa tose di Pelita Bangsar. Disebabkan  kaki makin membengkak dan dah pusing di klinik sekitar Bangsar tiada panel AIA drive balik ke Klinik Menara Bukit Jelutong. Jumpa Dr. dengan kaki terdengkot dengkot..Dr bodoh ni cakap ini sprain ankle jer..no need to xray. Tapi takpelah..sebab Dr. bagi MC 2 hari so balik jer la kerumah.

ii)14.5.15 Kaki maasih bengkak walau dah R.I.C.E. ( Rest Ice Compress Elevated) dan tampal dengan Senokot. So pergi klinik depan rumah ni (Klinik As Syakirin) utk minta 2nd opinion dan tambah MC. Dr bijak ni  cakap  tak perlu x ray..ini cuma soft tissue injury. so bagi MC lg 2 hari ..tapi takpe la janji dapat MC lagi 2 hari.

iii)18.5.15 MC dah habis ditambah dgn 2 hari weekend so kena pergi kerja jugak lah. Kaki masih bengkak dan sakit.tapi apakan daya MC dah habis so pergi kerja jugalah. Bila dah sampai ofis mcm2 kerja dah menanti dimulakan pagi tu dengan miting di INTAN Bukit Kiara dengan kaki yang terdengkot - dengkot. Namun begitu berjaya lalui hari Isnin dengan tabahnya.

iv)16.5.15Pergi kerja mcm biasa dengan kaki yang bengkak. Life must go on. Ada appointment di kedai tayar utk beli sport rim Honda Accord 2.4. Dpt good offer RM 3500 ..ori rim Accord 2.4 + Michelin SP3..trade in ori accord rim + tayar ori accord 2.0..Goodyear Excellence baru jalan 8k. Dengan tabahnya pergi ke kedai tayar namun tak puas hati dengan condition rim tersebut walaupon katanya baru 2 minggu owner asal tolak (tipu le tew). Lagi pon bila pikir2 sebelom pergi..3.5k tu banyak juga..ni kira membazir jer ni, so cancel deal. Tp yg best deal dengan dorang ni ..walau dah nego janji bagai ..bila cancel no problem still senyum..maybe dorang ni pandang jauh..

 to be continue