Sunday, July 11, 2021

Tamar Jalis

Aku baru selesai baca buku Tamar Jalis : Memoir bersama penulis Siri Bercakap Dengan Jin nukilan Dr. Zabidin Haji Ismail. Satu buku rare yang aku beli di facebook yang  didedikasikan sepenuhnya kepada arwah Mohamad Radzi Mahmud @Ahmad Mahmud atau lebih dikenali sebagai Tamar Jalis.

Sebagai peminat tegar Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ), aku begitu teruja semasa membaca buku ini. Banyak fakta menarik mengenai SBDJ dan Tamar Jalis yang baru aku ketahui. Disini aku akan kongsikan fakta-fakta menarik tersebut:

1)      SBDJ merupakan karya kreatif melayu yg terbanyak dan paling lama bersiaran iaitu sebanyak 284 siri tersiar dalam majalah Variasari berterusan selama 23 tahun 8 bulan iaitu dari April 1981 hingga Januari 2005. Ini boleh dikatakan rekod Malaysia. Rekod dunia aku tak pasti.

2)      Sebelum menghasilkan naskhah agung SBDJ, Ahmad Mahmud merupakan seorang penulis cerpen yang hebat dan telah banyak memenangi pertandingan menulis sastera kebangsaan. Dua buah cerpennya yang bertajuk Menanti Ayah(1971) dan Samad Toja (1974) telah memenangi Hadiah Karya Sastera Kebangsaan. Cerpen beliau bertajuk Paman juga dimuatkan dalam antologi Suatu Subuh yang Bening yang terpilih menjadi teks kesusateraan Melayu peringkat SPM pada tahun 1980an. Hebat betul. Bukan kaleng2 orangnya.

3)      Selain dari Tamar Jalis, nama pena Ahmad Mahmud ialah Ahmad Mahmud sendiri disamping Ramadan A.M dan Atma A.M. Kebanyakan cerpen dan novelnya menggunakan ketiga-tiga nama ini.

4)      Novel Ahmad Mahmud yang bertajuk Sejambak Mesra, Seluas Rindu telah diangkat sebagai drama TV dan disiarkan di Slot Citraneka RTM.

5)      Nama pena Ahmad Mahmud, Tamar Jalis merupakan nama seekor anak jin yang diambil dari Hikayat Inderaputera.

6)      Identiti beliau sebagai Tamar Jalis iaitu penulis SBDJ hanya terbongkar selepas 30 tahun dirahsiakan.

7)      Fakta terakhir ni agak sedih. Ahmad Mahmud tidak pernah dibayar royalti sebagai penulis SBDJ kerana dianggap sebagai pekerja dan dibayar gaji. Penulisan SBDJ adalah tugas hakiki beliau di Variasari. Beliau cuma diberi habuan menunaikan Umrah dan bercuti di Eropah.

Bayangkan kalau arwah Ahmad Mahmud tahu haknya sebagai penulis dan mendaftar Hak Ciptanya di MyIPO. Sudah tentu arwah kaya raya setaraf dengan J.K Rowling penulis Harry Potter.

Seperti semua tahu aku juga telah mula berjinak-jinak dalam penulisan buku. Aku telah mendaftar Hak Cipta buku pertama aku yang bertajuk Aku Budak Gadek di MyIPO dan telah diluluskan pada 18 Jun 2021.  Ialah kan manalah tahutiba-tiba buku aku tu boxoffice dan ada pihak nak jadikan drama time Maghrib atau DBP nak jadikan buku teks sekolah. Kurang-kurang aku dah cover hak cipta aku.

Aku daftar online sahaja. Mudah saja prosesnya. Disini aku sertakan link utk mendaftar Hak Cipta dan segala Harta Intelek kita melalui MyIPO.

https://iponline2u.myipo.gov.my/myipo/www/

Skrg ni mudah. Click saja nak daftar apa.

Moga Manfaat

 

Mohd Hisam Abu Hashim

--------------------------------------------------------------------

Pada sesiapa nak baca buku memoir aku yg bertajuk Aku Budak Gadek boleh tinggalkan mesej atau  atau click link berikut

 https://wa.link/ecx5ck

Terima Kasih

 

 

 

 


Sunday, June 27, 2021

#astrazeneca2

Sambungan kisah semalam...

Waktu balik dr PPV badan takde rasa apa cuma tekak rasa haus. Tempat kena enjit tu pun tak rasa apa. Sampai rumah aku try letak magnet kat tempat enjit. Tak melekat pun mcm aku tgk kat youtube. So confirm takde cip 5G dlm bentuk liquid yg yahudi letak dlm vaksin utk detect pergerakan. Lega sungguh rasanya. Risau juga kalau yahudi dapat detect pergerakan aku.

Petang tu badan masih rasa ok, cuma waktu kencing aku pelik kenapa bau ubat kuat sgt kat air kencing. Takan la sebab vaksin kot. Tp bila aku sorot balik baru aku teringat yg tghari tu aku bantai makan durian lps mkn tghari.  Hmm kencing bau durian rupanya.

Aku tanya misha dia camne. Misha cakap dia dah mula rasa nak demam dan badan mula sengal2. Aku suruh dia makan panadol. Aku pulak  masih tak rasa apa. Masih gagah perkasa lagi.

Malamnya macam malam minggu biasa aku bantai tengok netflix sampai lebam.  Dua cerita aku bantai, mula2 tgk citer Crawl, cerita pasal buaya dok nak membaham orang. Satu lagi cerita Indon, Ali & Ratu2 Queens, cite pasal si Ali ni pi cari mak dia kat New York. Tak guna punya mak tinggalkan anak dgn laki sebab nak kejar cita2. Habis tgk dua cerita tu dekat pukul 1 malam juga.

Masuk bilik ingat boleh tidur lena terus pasal dah lewat malam tapi badan aku dah mula rasa menggigil. Tekak rasa kering badan mula rasa mcm nak demam. Pusing kiri pusing kanan tak boleh tidur juga. Kepala pun ada rasa berdesing sikit rasa macam nak kena demam selsema.

Pusing punya pusing tahu2 aku tengok jam dah pukul 3 pagi. Dah mata tak boleh lelap aku capai handphone tgk ada wasap dari amelia.

"Abah, kak misha punya vaccine punya side effect teruk. Dia kata dia rasa nak mati. Dia suruh abah bagi dia ubat esok pagi."

Aku pun apa lagi terus pegi bilik dorang. Tengok misha dgn baju tebal bawah selimut. Aku check dahi dia. Panas macam api. Aku terus kejut. " "Misha..misha bangun. Last makan panadol pukul berapa?" "Tak larat nak bangun ni abah, kepala rasa pusing macam nak mati ni. Rasa nak termuntah pun ada ni," kata Misha.

Aku cakap kat misha " Bangun kejap, makan panadol 2 biji ni." " Tak boleh abah, nnt muntah" kata misha. " Makan jugak, bahaya ni badan panas sangat" aku paksa misha makan jugak panadol 2 biji.

Lepas bg makan panadol, aku masuk bilik cuba nak tidur tapi mmg badan rasa tak sedap. Akhirnya aku terlelap juga tak tahulah pukul berapa.

Pagi bangun kepala aku pening2 lalat lagi. Aku pi check misha rasa dah kebah panas dia.

Rupanya2 bukan main2 side effect vaksin ni. Pada sesiapa yang belum amik boleh amik panduan kisah tak seberapa aku ni.

1) Jangan bantai durian lepas amik vaksin. Berganda badan panas nanti.

2) Standby lah makan panadol walau tak demam. Badan memang rasa tak best mcm nak demam. So makan jelah Panadol sebelum demam

3) Kena banyak minum air, sebab tekak mmg rasa kering sangat.

Inilah sedikit update dari aku utk selepas amik vaksin az. Harini masuk hari ketiga badan dah ok macam biasa.

Moga manfaat pada semua.


 


#astrazeneca

 #astrazeneca

Mula2 mmg tak hingin pun nak amik vaksin az ni. Kena pulak waktu tu az ni ditawarkan pd rakyat secara sukarela selepas ianya dikeluarkan dr senarai vaksin kebangsaan malaysia. 
 
Bila digoogle pula mmg banyak negara yang hentikan pemberian vaksin az ni selepas berlakunya beberapa kes kematian disebabkan blood clot. 
 
Aku cakap kat bini aku "Dah tak laku kena rejek tu pasal offer pd volunteer utk amik tu." "Ada ke org bodoh pi volunteer amik vaksin az nnt tu?"
 
Tapi bila dibuka utk pendaftaran berebut2 pula org sampai stok az sebanyak 268 ribu dos selesai ditempah dlm masa 3 jam.
 
Rupanya2 org dah memang tak sabar nak dpt vaksin. Ialah kan, kes covid makin hari makin naik. Bila cek mysejahtera status tak berubah2. Entahnya bila giliran dpt vaksin. Silap2 mati kena covid dulu baru giliran naik.
 
Aku pula bila ditanya kawan2 sama ada nak volunteer amik az, aku cuma jawab " Takpe, aku tunggu giliran aku kat mysejahtera naik. Silap2 dpt pfizer nanti." Ialah kan, kononnya pfizer lah vaksin yg terbaik. Itu pasal PM dan golongan bangsawan semua amik pfizer."
 
Tapi bila aku cek mysejahtera, status vaksin aku tak berubah2 juga. Org lain ramai yg dah dapat vaksin. Dah tak kira dah vaksin apa. Sebat apa yg dapat, janji vaksin. Semua pun takut kena covid. Lepastu konon dah amik vaksin nnt kita dah boleh jalan2 macam biasa. Yg tak amik duduk la diam2 kat rumah.
 
Hinggalah keluar berita yang vaksin az sebanyak 1 juta dos akan dibuka semula utk sesiapa yg volunteer nak amik. Asalkan umur 20 tahun ke atas boleh daftar. Anak2 dan bini aku pun ajak daftar sekeluarga rebut vaksin az yg 1 juta dos ni.
 
Hari pendaftaran nak rebut vaksin az pun tiba. Pendaftaran dibuka untuk penduduk KL, Selangor, Penang dan Johor sahaja. Rule dia mudah, siapa cepat dia dapat. Aku pun apa lagi bila bab2 berebut mmg kiasu jugaklah. Bersedialah kami 4 beranak dengan 4 laptop pagi tu utk battle.
 
Di media2 sosial juga kecoh. Penuh org hantar gambar dan tweet tgh bersedia utk battle berebut vaksin 1 juta dos ni.
 
Tepat jam 12 bila pendaftaran dibuka sistem celaka mysejahtera ni mula buat hal. Apa pun tak boleh click. Nak click negeri tak boleh, nak click pilih pusat vaksin pun tak boleh, apa pun tak boleh. Memang jahanam sungguh sistem yg kononnya 70 juta tu.
 
Last2 kitorang random je click mana2 yg boleh diclick. Setelah ribuan kali click akhirnya aku, shira dgn misha berjaya juga daftar. Bini aku sampai ke sudah tak berjaya daftar.
 
Bila aku tanya kawan2 boleh dikatakan hampir kesemua tak berjaya daftar. Keluarga aku 3 dr 4 org dpt kira ok la juga, kiranya 75% sukses rate.
 
Kecoh juga lah haritu sebab ramai yang kecewa. Yang lagi pelik, esoknya tiba2 org yg tak berjaya daftar dapat pulak date apointment utk vaksin. Yg berjaya daftar mcm aku takde pulak berita. Memang teruk rasanya mysejahtera kena maki dgn carut waktu tu.
 
Dipendek kan cerita tibalah harinya apointment aku amik vaksin az ni. Date apointment aku sekali dgn misha. Aku pukul 11 pagi, misha pukul 3 ptg. Tapi kitorang pergi sekali masuk pukul 11 pagi. Tanya kawan2 pun cakap KKM tak kisah sangat asalkan hari yg sama.
 
PPV aku di Dewan Peperiksaan Univ. Malaya. Yang ni memang aku nak puji. Sampai UM dalam pukul 1045, parking pun masih banyak, beratur pun tak panjang, semuanya selesai dalam tempoh 30 minit walaupun orang ramai juga.
 


 
Memang smooth sungguh, takda apa insiden. Cuma waktu Dr. tu tanya aku "Encik ada apa2 sakit? Aku jawab " Takde sakit." Pastu dia tanya lagi " En. ada amik apa2 obat?" Aku jawab "Ada Dr, obat darah tinggi dgn kolesterol." Oh, tu ada sakit lah tu, katanya.
 
Cuma tu je aku konfius sikit, sebab sakit lifestyle disease kdg nampak mcm takde sakit. Cuma sakitnya tuh disini.
 
Tp pada aku mmg seharusnya pujian diberi utk KKM dan petugas pusat vaksin dgn urusan yg begitu dipermudahkan ini.
 

 
Akhir kata. Terima Kasih KKM.

Sunday, June 6, 2021

Memoir Aku Budak Gadek

 Aku Budak Gadek

Akhirnya tercapai juga cita-cita aku nak ada buku sendiri menjelang usia 50 tahun. Projek suka-suka yang akhirnya berjaya juga direalisasi dalam masa 2 tahun. Projek yang pada mulanya cuma coretan-coretan pendek yang dipos ke grup famili dan kawan-kawan dan mendapat feedback yang bagus dari mereka. Cerita-cerita pilihan dari coretan inilah yang dikumpulkan dan disatukan menjadi memoir Aku Budak Gadek.




Untuk test market dan dapatkan feedback khalayak ramai aku print sendiri beberapa puluh naskhah untuk dijual kepada famili, kawan-kawan sekolah, universiti dan ofis. Aku minta dorang review seikhlas mungkin dan berikan pandangan serta cadangan penambahbaikan. Maklumbalas yang aku terima amat positif. Berikut adalah antara review yang diberikan untuk memoir Aku Budak Gadek, naskhah pertama aku ni.

Review 1

Review aku budak gadek:
Satu karya hebat yang sangat menarik untuk dibaca. Sebagai kawan sekolah rendah perjalanan hidup penulis seakan mengimbau kembali perjalanan hidup sendiri dan serasa terinspirasi untuk menulis perjalanan hidup sendiri juga. Tidak ku sangka sam yang pendiam kelakar juga orangnya apabila bercerita. Seronok membaca buku ini hingga tergelak keseorangan hingga mengundang persoalan anak, apa yang kelakar mama? Terima kasih dan tahniah sam!

Salmi Ishak - Kawan sekolah rendah SRKDN

Review 2

Dah sampai page 66. Banyak dapat relate dengan diri sendiri waktu kecil. Kenangan waktu kecil been recapped. Tak jemu.

Dah habis baca Sam. Buku pertama habis baca dalam sepuluh tahun. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Best. Boleh tersenyum sorang2. 

Kerol - Kawan UM

Review 3

 @Mohd Hisam aku da bace separuh buku ni. Da smp part cite anak2 ko.
1. Aku suke cara penceritaan ko yg straight forward. Konsep 'santai' pade aku.
2. Fast. Menunjukkan ko ade byk bahan n xperlu nk meleweh2kn satu2 cerite utk nk jdkn cite tu panjang.
3. Informative. Ade selitkn byk fakta2 secara bersahaja.
4. Entertaining. Ade part2 yg kelakar esp waktu zaman kanak2.

But, having said that, aku rase (aku rase je ek and xsemestinye betul);
1. Awal2 ade bercampur 'ku' and 'aku'. Contohnye ayat pertama dan keseluruhan perenggan pertama. Ade lagi gak tmpt2 lain 2-3 tmpt. Aku rase untuk konsep 'santai', kalo ko consistent gune 'aku' lebih sesuai.
2. Ade gak ayat2 yg agak stiff. Contoh nye ayat yg hujung '..... pula begitu.'. Aku rase kalo gune '.... pula macam tu.' lebih sesuai kot dgn konsep penulisan ko ni.

Tp tu pendapat aku je la. X semestinye same dgn sume org. 'Beauty is in the eyes of the beholder'. Lgpn, aku baru bace separuh jln je pon. ๐Ÿคช

Btw, aku rase buku ni not bad. Aku akan pakse anak aku yg kecik ni bace supaya die tau susah payah kite dulu waktu kecik, waktu belajar n waktu nk mula hidup. Haha.

Faizul - Kawan UM

Review 4

@Mohd Hisam Salam, secara jujurnya buku ini antara buku yang terbaik pernah aku baca. Jalan ceritanye mudah dan straight forward memudahkan pembaca memahami perjalanan kehidupan dari kecil sampai le dah beranak pinak. Memandangkan penulisnye dikalangan 'rookie', kesilapan kecil diabaikan. Buku dimuatkan dengan pelbagai plot kesusahan kehidupan, nasihat kepada kaum bapa, kisah study di UM, percintaan, kehidupan semasa Alam perkerjaan, konflik menjawat jawatan sebagai ketua unit atau jabatan kerajaan, pengalaman penulis mendapat latihan diseluruh pelusuk dunia yang tidak diceritakan secara detail mungkin untuk menyorok sesuatu terutama kat Red light District dan satu unsur seram diselitkan yang mungkin terbawa2 dek cerita Tamar Jalis. Tapi tak pe semuanye tu baik Dan aku membaca buku secara konsistent tanpa perlu untuk menunggu lama untuk dihabiskan seperti buku2 yang lain. Dan bagi 5 star untuk buku ni. *hanya gambo je tak berapa Cantik. Kalau ni dapat di perbaiki aku bagi 5+++. Thx.

Hasnur- Kawan UM

Review 5

| Aku Budak Gadek|  Mohd. Hisam Abu Hashim| Cetakan Sendiri| 229 ms| 2021 |

Ini buku yang istimewa. Jarang-jarang invidu menyambut ulang tahun jubli emas menerbitkan sebuah memoir untuk dibaca khalayak ramai. Ini apa yang dilakukan oleh Tuan Mohd. Hisam Abu Hashim atau lebih dikenali sebagai Hisam di kalangan kami.

Buku ini mengisahkan kisah suka-duka hidup dari mula dilahirkan sehinggalah sekarang yang kini menjawat jawatan sebagai Pengarah di MyIPO. Hisam seorang pelipur lara yang hebat dalam meriwayatkan perjalanan hidupnya dari kecil berpengalaman membesar di Singapura diwaktu usia yang dini, bersekolah di Gadek di bawah asuhan neneknya, bersekolah asrama sehingga ke STPM, memasuki Universiti Malaya, pengalaman kerjaya, kisah percintaanya sehinggalah ke panduan-panduan praktikal menjalani kehidupan berkeluarga dan juga ilmu keibubapaan.

Jika anda seorang introvert. Anda dengan mudah menyelami lubuk perasaannya yang gemar bersendirian, jumlah sahabat yang terhad dan rimas akan aktiviti sosial. Di dalam keadaan serba kurang Hisam berjaya mencorakkan masa depannya dengan cemerlang.

Sebagai individu yang mengenali Hisam ada sisi-sisi yang kami sendiri tidak tahu dan kabur tentang dirinya. Memoir ini menjelaskan lagi sisi-sisi itu.

Selamat Maju Jaya Hisam! Juga Selamat Ulang Tahun ke-50!

Roslee - Kawan UM

Review 6

 Strength
1.    Pandangan pertama melihat luaran buku ni – menggambai pembaca untuk explore the content berdasarkan your photo with deep facial look (haha..someone matured with long hard time journeys) in the background of snowy mountains inside moving train.
2.    Gaya penceritaan yang terasa seperti penulis bercerita ngan pembaca. Yang ni yang membuatkan pembaca akan terus membaca…….
3.    Pembaca boleh relate also ngan their own experiences especially masa budak2 dan kat sekolah. Ye la x semua orang (termasuk saya kat sekolah) popular dan ada kenangan yang indah2 belaka masa zaman sekolah.
4.    Banyak jugak tips yang dikongsi terutamanya bila jadi pekerja, suami dan bapa…. 

Improvement
1.    Adakan biodata penulis untuk bahagian pengenalan buku ini tapi mungkin strategi kot tak letak?
2.    Page i (kandungan) – mungkin boleh pecahkan item 1-60 tu kepada beberapa bahagian (parts)
3.    Ada jugak contents yang menjurus kepada perception on other personalities such as on myself yang mana sebaik2nya (rasanya la) to consult the owner and get their consent first before it going to publish. Bukannya apa Sham, takut orang lain (I’m OK) will come back to sue you (just to be extra careful in writing on this matter)

Zamri - Kawan UM

Review 7

Pagi ni anak anak aku seperti biasa bangun awal cuti dan main game...sorang darjah 3 dan 6...tapi bila baca buku boss m/s 28 terus aku arahkan depa baca buku...tak kira apa genre. Mulai hari ini jugak, aku akan terap kan minat suka membaca agar jadi manusia yg berguna satu hari nanti... insyaalllah... Boss, terima kasih...diatas dorongan dan beri inspirasi kepada saya semasa membaca buku tulisan ini...ada byk lagi cerita yg membawa nilai murni ...wpun aku baru sampai page 30...

Salam. Masuk page 90, sifat, watak, sekolah pengalaman, dah mcm hampir sama. Benda yg x  boleh dilupakan. Kelas Seni Perusahaan, Kelas Perdagangan, Bantuan Khas RM 60, Buku Simpanan cikgu simpan, tak pandai main bola sepak wlpun boleh main, histeria pelajar perempuan je kena...huhu.. Hantu Cermin ditandas sekolah TIKL, pendiam tak ramai kawan... mcm boss gak  la...๐Ÿ˜„ tapi bukan anti social.....seronok baca mengimbau zaman dulu...termasuk la STPM nak apply masuk U tapi results tak bagus..

Salam..page 128...wow best..๐Ÿ‘byk pengalaman ..mengajar erti kehidupan... boleh dikatakan setiap lontaran cerita disusuli dengan moral of the story..ini penting....๐Ÿ‘. Dari awal penceritaan juga menyelitkan kan unsur bersahaja, santai dan humor๐Ÿ˜...tak bosan...byk pengalaman juga hampir sama.mcm jalan kaki 2 kilometers pergi kerja bank, dulu la...sebelum dpt beli motor,... interview kerja..tak pandai bahasa inggeris....haha..tapi dapat gak kerja bank.., Bab selsema pun bagus.. boleh saya bagi vitamins C utk anak bujang saya yg ada sikit selsema...yg mungkin berpunca drp habuk...๐Ÿ‘

Habis dah boss... Hahaha๐Ÿ˜๐Ÿ˜„๐Ÿ‘Terbaik... Tahniah boss ...dari awal saya baca memang best byk ayat yg power ...and direct tak perlu berlapik.lapik...buat orng tak paham..
"memang lakhanat bau dia"... hahaha..
Nama.org kena lapik...la...huhu...PS...
Secara jujur nya dengan banyk membaca insyaalllah kita lebih mudah berjaya..ambik iktibar melalui pembacaan utk jadi org yg berjaya..termasuk lah saya ...start hari tu...saya dah galak kan anak baca buku setengah jam buku sesuai sampai habis ...ambil inspirasi dr buku ini...sama seperti boss...semasa masuk admin....saya dah dpt rasakan kerja yg byk akan menimpa diri...tapi byk mana pun kerja yg diberi memandangkan boss sorang yg sporting...tidak memaksa...membuatkan kerja lebih mudah diurus...
Ada perasan jgak cerita yg sama diulang dua kali...biasa la...๐Ÿ˜...
Dan yg terakhir...masa boss mula mula bgtau dekat Admin 2019 yg boss nak tulis buku...saya kurang yakin buku ini dpt dizahir kan tapi selepas dua tahun ...buku ini dilahirkan dengan cemerlang nya.. tahniah boss...

Macam tak percaya tapi buku yg ditulis oleh boss dah habis dibaca hari ini๐Ÿ‘...  Friday 14 May 2021.

Amir Zain - Kawan ofis

Inilah antara beberapa review yang aku copy paste terus dari whatsapp dan facebook  yang diberi oleh kawan-kawan. Sebenarnya ada banyak lagi review yang aku terima tapi memandangkan review melibatkan sesi chat personal maka tak wajar aku letak disini.

Pada kawan-kawan yang sudi review ribuan terimakasih aku ucapkan.

Terkini, aku sedang dapatkan no ISBN untuk cetakan seterusnya dan sedang buka pre-order pada sesiapa yang berminat. Memandangkan blog ini juga ada pengunjungnya, aku buka sekali pre order disini.

Tajuk : Aku Budak Gadek

Bil Mukasurat : 228

Cetakan Sendiri :

Harga RM30  tak termasuk Pos. 

Buku akan aku autograph sekali.

Pada yang berminat boleh whatsapp aku di 0173616632 atau tinggalkan mesej di ruangan komen.