Tuesday, January 28, 2020

Bunian Firefly Villa Tanjung Karang


Tahun ni sbnrnya mmg takde plan pun nak sambut birthday kat mana2. Cuma bini ajak balik kg teluk intan cuti panjang raya cina. Berkumpul adik beradik katanya, pastu boleh la potong2 kek sambut besday sapa2 yg lahir januari. Ramai juga besday januari termasuk saya. Shira, raisha anak zura, qayum anak eppy pun sama januari. So berempat la kami potong kek besday kalini.




 Tapi takan setakat potong kek je, kata kaya kena la jugak jalan2 duduk hotel kasi habis duit.So plannya balik dari teluk intan kitorang singgah kuala selangor tido hotel satu malam, tgk kelip2 makan2 esoknya baru balik. Cari punya cari kebanyakan hotel dah penuh, mulanya nak kensel je tp amelia pulak dah excited nak tido hotel. Last2 jumpa jugak kat Agoda, homestay namanya Firefly Villa. So kira sesuai la, kitorang pun nak g tgk firefly mmg sesuai sangat la menginap di Firefly Villa.


Tapi rupanya namanya firefly villa sebab owner dia pilot firefly bukannya sebab kat villa ni byk firefly. Nak tgk firefly kena pergi bukit belimbing atau kg kuantan gak.
Lepas makan thari n potong2 kek, dlm pukul 3  kami terus gerak utk check in  kat Firefly Villa. Sampai l kurang pukul 5.30 ptg tgk tempat dia mcm seram jugak ala2 cite  khurafat.






Sampai depan villa tgk takde tempat reception ke apa, sorang pun takde tunggu kami. Saya terus call contact no yg agoda bagi, agak lambat berangkat. Saya terus cakap " Hello, saya da sampai depan villa nak check in". " Oh, dah sampai" tu je dia jawab.
Tiba2 pintu villa terbuka, keluar seorangpak cik  tua memberi isyarat utk saya masuk tanpa berkata apa2.Dia terus bg kunci, tunjuk bilik kami dan terus berlalu pergi.


Kami terus masuk ke bilik, pandang muka masing2 dan agak tertanya2. "Takyah check in ke abah" tanya shira." Ni kita kira dah check in la ni" tapi tak friendly langsung la kan org tadi kata saya. Bilik yg kami tempah agak luas. Quad room dgn dua bilik air di lengkapi 2 aircond."Kita rilek jap, solat, 630 kita keluar pusing2 villa tngkap2 gambar pastu terus pergi tgk kelip2 kat bukit belimbing" aku bgtau kat semua.

Sambil2 lepak tu aku update geng2 wasap bgtahu aku da cek in kat firefly villa siap bg location. "Wah ni dekat dgn rumah mak mertua saya ni" kata salah sorang geng grup. " Tapi sy tak pernah tahu tempat ni, location en sam bagi tu pun pelik" katanya lg. "Kampung bunian mana en sam dah pergi ni".

"Tak tahu lah, main booking je kat agoda ni" jawab aku. Huh hebat betul bunian skrg. Dah iklan homestay depa guna agoda. Ialah dah 2020 kan, kereta pun dah terbang takan la bunian pun masih duk sorok2 orang lagi. Bunian pun dah bijak, tak payah tunggu org sesat  masuk kampung pastu kasi sorok, skrg dorang iklan je kat agoda lagi senang.
Lps solat semua, kitorang pun keluar dr bilik. Tp aku tak puas hati selagi tak bercakap dgn pakcik tadi. Aku jenguk opis dia, bila nampak aku dia terus keluar. Aku buat2 tanya "nak tgk kelip2 paling dekat kat mana yea ?". "Paling dekat kat bukit belimbing tp ptg tak bukak lagi. Malam 730 baru bukak dekat je dr sini" jawabnya. "Lagi satu, td saya terlupa bg towel lap kaki bilik air" sambil bg saya 2 helai towel lap kaki. "Esok breakfast 830 sham, u berapa org ? Bilik u utk 4 org, kalau nak tambah sorang rm 16". " Kami berlima, ok la esok tambah lagi sorang" jawab saya.

Huh bunian apa bendanya. Tadi dia tak bercakap psl dia baru bangun tido kot kepala tgh pening. Ni elok je bercakap. Kita baru la nak feeling2 citer hantu, misteri konon. Takdenya suma tu kecuali kat wayang.


Sebelum pergi bukit belimbing kitorang pusing2 villa tangkap2 gambar. Hebat juga tempatnya ada 2 swimming pool, satu utk dewasa dan satu utk budak2 di kelilingi kebun buah buahan. Tapi nampaknya dah tak berapa nak menten kawasan dia, tp satu masa dulu mungkin hebat tempat ni.



Di pendek kan cerita malam tu kitorang pergi tgk kelip2 kat bukit belimbing seperti yg di rancang. Takde yg istimewa sgt sebab ni kali kedua kitorang tgk kelip2 tak macam kali pertama dulu excited dia lebih. Tp utk yg tak pernah pergi mmg syok juga sebenarnya. Naik bot gelap2 tengok kelip2 kat pokok bakau tepi sungai yg banyak buaya. Best la jugak.
Balik dari tengok kelip2 kitorang singgah makan kedai tomyam tepi jalan sebelum balik ke villa.


Perut pun dah kenyang, sampai bilik terus mandi, solat, lepak2 sambil menunggu detik jam 12 malam menandakan bertambahnya umur aku setahun atau dlm ertikata lain berkurang setahun lg baki umurku.