Captain Log : 1.58.16.6.15
Malang tidak berbau kata orang tua-tua dulu.Tapi disebalik malang yang dikatakan menimpa kadang2 ada hikmahnya cuma kita tak perasan malahan tak peduli.Begitulah kecederaan yang menimpa diri ini.Patah kaki sebab jatuh tangga rumah. Disebabkan jatuh dalam rumah SOCSO pon tak dapat walau kemalangan menimpa semasa bersiap pergi kerja. Claim insuran SOCSO boleh dibuat jika kemalangan berlaku diluar pagar rumah. Boleh la juga nak dapat tapi kena tipu la.Tipu laporan polis..tipu doktor hospital etc.
Disebabkan banyak masa dirumah sebab MC so adalah banyak masa menulis. Duduk saja dirumah pon bosan. So penulisan kali ni lebih pada bentuk diari peribadi supa tak lupa di kemudian hari. Kronologi kemalangan sehingga patah kaki dicatatkan seperti dibawah.
i)12.5.15 Jatuh tangga masa menyiapkan Amy pergi sekolah. Orang putih panggil overstep. Memang tak perasan tangga tu, tahu2 berdebuk jatuh. Namun masih berjaya menyiapkan Amy ke sekolah. Drive kereta dan makan rawa tose di Pelita Bangsar. Disebabkan kaki makin membengkak dan dah pusing di klinik sekitar Bangsar tiada panel AIA drive balik ke Klinik Menara Bukit Jelutong. Jumpa Dr. dengan kaki terdengkot dengkot..Dr bodoh ni cakap ini sprain ankle jer..no need to xray. Tapi takpelah..sebab Dr. bagi MC 2 hari so balik jer la kerumah.
ii)14.5.15 Kaki maasih bengkak walau dah R.I.C.E. ( Rest Ice Compress Elevated) dan tampal dengan Senokot. So pergi klinik depan rumah ni (Klinik As Syakirin) utk minta 2nd opinion dan tambah MC. Dr bijak ni cakap tak perlu x ray..ini cuma soft tissue injury. so bagi MC lg 2 hari ..tapi takpe la janji dapat MC lagi 2 hari.
iii)18.5.15 MC dah habis ditambah dgn 2 hari weekend so kena pergi kerja jugak lah. Kaki masih bengkak dan sakit.tapi apakan daya MC dah habis so pergi kerja jugalah. Bila dah sampai ofis mcm2 kerja dah menanti dimulakan pagi tu dengan miting di INTAN Bukit Kiara dengan kaki yang terdengkot - dengkot. Namun begitu berjaya lalui hari Isnin dengan tabahnya.
iv)16.5.15Pergi kerja mcm biasa dengan kaki yang bengkak. Life must go on. Ada appointment di kedai tayar utk beli sport rim Honda Accord 2.4. Dpt good offer RM 3500 ..ori rim Accord 2.4 + Michelin SP3..trade in ori accord rim + tayar ori accord 2.0..Goodyear Excellence baru jalan 8k. Dengan tabahnya pergi ke kedai tayar namun tak puas hati dengan condition rim tersebut walaupon katanya baru 2 minggu owner asal tolak (tipu le tew). Lagi pon bila pikir2 sebelom pergi..3.5k tu banyak juga..ni kira membazir jer ni, so cancel deal. Tp yg best deal dengan dorang ni ..walau dah nego janji bagai ..bila cancel no problem still senyum..maybe dorang ni pandang jauh..
to be continue
No comments:
Post a Comment