Tahun
ni sbnrnya mmg takde plan pun nak sambut birthday kat mana2. Cuma bini ajak
balik kg teluk intan cuti panjang raya cina. Berkumpul
adik beradik katanya, pastu boleh la potong2 kek sambut besday sapa2 yg lahir
januari. Ramai juga besday januari termasuk saya. Shira, raisha anak zura,
qayum anak eppy pun sama januari. So berempat la kami potong kek besday kalini.
Tapi
takan setakat potong kek je, kata kaya kena la jugak jalan2 duduk hotel kasi
habis duit.So
plannya balik dari teluk intan kitorang singgah kuala selangor tido hotel satu
malam, tgk kelip2 makan2 esoknya baru balik. Cari
punya cari kebanyakan hotel dah penuh, mulanya nak kensel je tp amelia pulak
dah excited nak tido hotel. Last2 jumpa jugak kat Agoda, homestay namanya
Firefly Villa. So kira sesuai la, kitorang pun nak g tgk firefly mmg sesuai
sangat la menginap di Firefly Villa.
Tapi
rupanya namanya firefly villa sebab owner dia pilot firefly bukannya sebab kat
villa ni byk firefly. Nak tgk firefly kena pergi bukit belimbing atau kg
kuantan gak.
Lepas
makan thari n potong2 kek, dlm pukul 3
kami terus gerak utk check in kat
Firefly Villa. Sampai l kurang pukul 5.30 ptg tgk tempat dia mcm seram jugak
ala2 cite khurafat.
Sampai
depan villa tgk takde tempat reception ke apa, sorang pun takde tunggu kami.
Saya terus call contact no yg agoda bagi, agak lambat berangkat. Saya terus
cakap " Hello, saya da sampai depan villa nak check in". " Oh,
dah sampai" tu je dia jawab.
Tiba2
pintu villa terbuka, keluar seorangpak cik tua memberi isyarat utk saya masuk
tanpa berkata apa2.Dia
terus bg kunci, tunjuk bilik kami dan terus berlalu pergi.
Kami
terus masuk ke bilik, pandang muka masing2 dan agak tertanya2. "Takyah
check in ke abah" tanya shira." Ni kita kira dah check in la ni"
tapi tak friendly langsung la kan org tadi kata saya. Bilik
yg kami tempah agak luas. Quad room dgn dua bilik air di lengkapi 2 aircond."Kita
rilek jap, solat, 630 kita keluar pusing2 villa tngkap2 gambar pastu terus
pergi tgk kelip2 kat bukit belimbing" aku bgtau kat semua.
Sambil2
lepak tu aku update geng2 wasap bgtahu aku da cek in kat firefly villa siap bg
location. "Wah ni dekat dgn rumah mak mertua saya ni" kata salah
sorang geng grup. " Tapi sy tak pernah tahu tempat ni, location en sam
bagi tu pun pelik" katanya lg. "Kampung bunian mana en sam dah pergi
ni".
"Tak
tahu lah, main booking je kat agoda ni" jawab aku. Huh hebat betul bunian
skrg. Dah iklan homestay depa guna agoda. Ialah dah 2020 kan, kereta pun dah
terbang takan la bunian pun masih duk sorok2 orang lagi. Bunian pun dah bijak,
tak payah tunggu org sesat masuk kampung
pastu kasi sorok, skrg dorang iklan je kat agoda lagi senang.
Lps
solat semua, kitorang pun keluar dr bilik. Tp aku tak puas hati selagi tak
bercakap dgn pakcik tadi. Aku jenguk opis dia, bila nampak aku dia terus
keluar. Aku buat2 tanya "nak tgk kelip2 paling dekat kat mana yea ?".
"Paling dekat kat bukit belimbing tp ptg tak bukak lagi. Malam 730 baru
bukak dekat je dr sini" jawabnya. "Lagi satu, td saya terlupa bg
towel lap kaki bilik air" sambil bg saya 2 helai towel lap kaki.
"Esok breakfast 830 sham, u berapa org ? Bilik u utk 4 org, kalau nak
tambah sorang rm 16". " Kami berlima, ok la esok tambah lagi
sorang" jawab saya.
Huh
bunian apa bendanya. Tadi dia tak bercakap psl dia baru bangun tido kot kepala
tgh pening. Ni elok je bercakap. Kita baru la nak feeling2 citer hantu, misteri
konon. Takdenya suma tu kecuali kat wayang.
Sebelum
pergi bukit belimbing kitorang pusing2 villa tangkap2 gambar. Hebat juga
tempatnya ada 2 swimming pool, satu utk dewasa dan satu utk budak2 di kelilingi
kebun buah buahan. Tapi nampaknya dah tak berapa nak menten kawasan dia, tp
satu masa dulu mungkin hebat tempat ni.
Di
pendek kan cerita malam tu kitorang pergi tgk kelip2 kat bukit belimbing
seperti yg di rancang. Takde yg istimewa sgt sebab ni kali kedua kitorang tgk
kelip2 tak macam kali pertama dulu excited dia lebih. Tp utk yg tak pernah
pergi mmg syok juga sebenarnya. Naik bot gelap2 tengok kelip2 kat pokok bakau
tepi sungai yg banyak buaya. Best la jugak.
Balik
dari tengok kelip2 kitorang singgah makan kedai tomyam tepi jalan sebelum balik
ke villa.
Perut
pun dah kenyang, sampai bilik terus mandi, solat, lepak2 sambil menunggu detik
jam 12 malam menandakan bertambahnya umur aku setahun atau dlm ertikata lain
berkurang setahun lg baki umurku.
No comments:
Post a Comment